Cara-cara Mendaftar Cukai Individu

Assalamualaikum & salam sejahtera tuan/puan semua! Hari ini kami ingin berkongsi mengenai step-by-step bagaimana untuk mendaftar cukai pendapatan individu. Tapi sebelum itu! kita harus tahu dahulu kriteria individu yang perlu membayar cukai kepada lhdn iaitu:

  1. Individu berstatus bujang yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM34,001 setahun / RM2,833.33 sebulan (selepas potongan KWSP)

Jika tuan puan menerima gaji lebih dari RM34,001 SETAHUN atau RM2,833.33 sebulan selepas potongan kwsp, tuan puan akan dikenakan cukai, jika kurang dari bilangan ini maka tidak dikenakan tapi tuan puan perlu juga declare kepada lhdn supaya pihak lhdn tahu perihal cukai tuan puan

  1. Individu berkahwin dan pasangan tidak bekerja yang menerima pendapatan penggajian melebihi RM46,001 setahun

Bagi individu yang sudah berkahwin dan pasangan tidak bekerja, menerima pendapatan penggajian melebihi rm46,001 setahun. kategori ini sama seperti no.1, tuan puan perlu juga declare, walaupun kurang dari jumlah penggajian tersebut.

  1. Individu yang menjalankan perniagaan (walaupun perniagaan mengalami kerugian)

Individu yang menjalankan perniagaan walaupun mengalami kerugian. Part ini penting kerana ada yang bertanya pada kami, "perniagaan kami rugi untuk beberapa bulan ini, macam mana kami nak bayar cukai". jawapannya, yang penting adalah tuan puan perlu declare pada lhdn dan jangan risau kerana kebiasaannya perniagaan yang mengalami kerugian TIDAK dikenakan cukai dan kadang-kala diberikan rebate

  1. Pekerja baharu yang dikenakan Potongan Cukai Bulanan (PCB)

Pekerja baharu yang dikenakan cukai potongan bulanan atau pcb. Ini kebiasaan majikan yang apply untuk melakukan potongan cukai dari gaji pekerja secara bulanan kepada lhdn.ini memudahkan pekerja supaya tidak dikenakan jumlah potongan cukai yang besar pada hujung tahun.

Jangan lupa ya jika walaupun pihak majikan sudah pun apply pcb, tuan puan perlu juga submit borang nyata cukai pendapatan (PNCB) setiap tahun secara manual ataupun e-filing

  1. Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai

Individu yang mempunyai pendapatan yang boleh dikenakan cukai. baik, jika tuan puan mendapat pendapatan melalui berniaga sendiri sama ada kecil-kecilan ataupun secara sambilan, tuan puan juga boleh dikenakan cukai. TAPI hanya jika pendapatan dari perniagaan tuan puan mencecah rm3,000 sebulan. tapi jangan pula walaupun tak sampai rm3,000 tuan puan tak declare, nanti tahu-tahu surat dah sampai.

  1. Individu yang menjual atau membeli hartanah

individu yang menjual/membeli tanah ini termasuk juga bagi yang menyewakan hartanah mereka. ini kerana lhdn perlu tahu nilai aset tuan puan dan juga jika ada memperoleh keuntungan atas sewaan atau jual beli perlu di declare.


Sekarang kita sudah tahu kategori yang mana, mari kita lihat pula aliran untuk lakukan isytihar pendapatan kepada lhdn.

Persoalan kerap ditanyakan kepada kami

Kami juga ada kumpulkan beberapa persoalan yang kerap ditanya oleh klien kami. Antara yang biasa ditanya ialah;

Majikan saya telah membuat Potongan Cukai Bulanan. Perlukah lagi saya menghantar borang cukai?

Jawapannya adalah: Ya, tuan/puan masih perlu menghantar borang cukai dengan melaporkan pendapatan tahunan yang diisi dalam Borang BNCP atau Borang Nyata Cukai Pendapatan sama ada secara manual atau melalui aplikasi e-Filing sekiranya tuan puan tidak tertakluk di bawah PCB sebagai Cukai Muktamad.

Adakah penalti akan dikenakan jika saya lewat mengemukakan Borang Nyata Cukai Pendapatan?

Ya, kalau tuan/puan gagal menghantar borang BNCP dalam tempoh yang ditetapkan tuan puan boleh dikenakan penalti / kenaikan cukai di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967.

Bilakah tarikh akhir penghantaran borang cukai?

Tarikh akhir penghantaran borang BNCP atau Borang Nyata Cukai Pendapatan adalah :

sebelum atau pada 30 April bagi Individu tidak menjalankan perniagaan

sebelum atau pada 30 Jun bagi Individu menjalankan perniagaan

tapi seperti sedia maklum mungkin ada sebarang Perubahan Tarikh, ini akan dimaklumkan oleh pihak LHDN

Cara untuk menjelaskan bayaran baki cukai?

Terdapat 3 kaedah pembayaran tuan/puan dapat lakukan iaitu;

  1. Pembayaran secara online melalui aplikasi ByrHasil (byrhasil.hasil.gov.my)

  2. Melalui ejen-ejen kutipan LHDN

  3. Pusat bayaran LHDNM berhampiran


Cara-cara Mendaftar Nombor Cukai Pendapatan Secara Online

Ok, untuk bahagian ini kami akan terangkan pada tuan/puan cara-cara bagaimana untuk memudahkan proses mendaftar nombor cukai pendapatan secara online

Buka pautan laman web LHDN di http://www.hasil.gov.my/

Disini sila kilik e-Daftar

Terdapat beberapa pilihan pendaftaran cukai, klik Daftar Individu

Klikkan pada borang pendaftaran online untuk mula mendaftar

Di borang ini sila lengkapkan butiran peribadi berikutan:

Sila lengkapkan bahagian maklumat pekerjaan dan majikan berikut. Jika anda bekerja sendiri boleh kosongkan ruangan Nama Majikan.

Pastikan no pendaftaran SSM anda lengkap dan boleh rujuk pada sijil pendaftaran SSM anda untuk Tarikh Mula Operasi.


Anda boleh kosongkan ruangan bagi Pendaftaran Majikan jika tiada


Dapatkan nama penuh Ejen Cukai dan No. Kelulusan Ejen Cukai dari ejen yang melakukan akaun cukai anda. Jika anda tiada cukai yang perlu dibayar maka boleh kosongkan ruangan ini.


Akhir sekali, lakukan semakan butiran yang diisi untuk kali terakhir sebelum hantar. Mudahkan? Pastikan anda mendaftar cukai hari ini untuk elak sebarang surat dari pihak LHDN. Kalau tuan/puan ada persoalan atau ingin memudahkan urusan percukaian atau perakaunan boleh hubungi kami supaya kami dapat membantu!