Cara Menyimpan Rekod & Jenis Dokumen Wajib Disimpan Cukai

Assalamualaikum & salam sejahtera semua! Memandangkan tarikh submit borang cukai semakin hampir, ingin kami berkongsi cara menyimpan rekod anda dan jenis-jenis dokumen yang wajib disimpan.

Kami ada menyediakan video di channel Youtube kami dan sediakan workbook tax checklist secara percuma yang dapat membantu anda untuk senang keep on track pada senarai dokumen wajib untuk disimpan.

Video Youtube : Cara Menyimpan Rekod & Jenis Dokumen Wajib Disimpan Cukai

Cara Menyimpan Rekod dan Jenis-Jenis Dokumen yang Wajib Disimpan.

Untuk pengahtahuan tuan puan segala dokumen,resit dan rekod ini semua PERLU disimpan selama 7 tahun untuk memudahkan pihak LHDN membuat semakan.

KENAPA?

Ini untuk memastikan apa-apa sahaja amount yang kita letakkan dalam borang istihar cukai kita perlu ada bukti ataupun resit. Kerana jika tiada sebarang bukti atau resit, macam mana kita nak declare yang kita PATUT dapat sejumlah pengecualian cukai tertentu.

So antara perkara yang penting dalam topik ini adalah memastikan cara dalam penyimpanan rekod, dokumen dan resit dengan betul

1. Sediakan beberapa fail yang berasingan untuk menyimpan rekod dan jangan campur aduk antara fail.

2. Pastikan anda melabelkan setiap file itu untuk memudahkan carian nanti.

3. Gunakan page separator untuk mudah asingkan resit-resit dan dokumen dalam file-file simpanan

4. Scan resit-resit anda kerana khuatir ink-nya tidak tahan lama dan akan pudar jika tersimpan lama

5. Simpan Salinan dokumen-dokumen ini ke dalam aplikasi Google drive atau Dropbox anda

Sekarang kita akan melangkah kepada perkara kedua iaitu, jenis-jenis dokumen yang wajib disimpan

  1. Borang EA/EC & CP58

  2. Sijil kelahiran anak & sijil anak angkat

  3. Sijil nikah

  4. Baucer Dividen dari saham yang dilaburkan

  5. Resit penyata insurans/ resit premium insurans

  6. Resit perubatan

  7. Resit pembelian buku

  8. Resit derma

  9. Resit Zakat

  10. Dan dokumen-dokumen sokongan lain seperti;

  1. Penyata Skim Persaraan Swasta

  2. Surat tawaran belajar di universiti, kolej atau institusi pendidikan yang dibenarkan (untuk diri dan anak)

  3. Surat atau dokumen bukti individu kategori Orang Kurang Upaya (OKU)

  4. Penyata SSPN

  5. Resit bayaran yuran Pusat asuhan atau pra sekolah yang dibenarkan

  6. Resit pembelian peralatan penyusuan

  7. Resit belian alatan sukan dan bayaran keahlian gim (untuk diri, suami @ isteri dan anak)

  8. Penyata atau resit bayaran langganan internet

  9. Resit pembelian komputer peribadi, telefon pintar atau tablet (untuk diri, suami @ isteri dan anak)

  10. Salinan IC ayah dan ibu anda, untuk tuntutan pelepasan RM1500


Contoh borang EA,EC,CP58